Apabila lontar sahaja sebutan Foreign Exchange, majoriti netizen menggangap saluran itu adalah saluran alternatif untuk kecapi masalah bebas kewangan, satu saluran yang dianggap boleh memberi jalan penyelesaian terutamanya masalah “duit”. Tetapi rata rata mereka tidak tahu perit getir yang dihadapi oleh seorang pedagang yang real, waktu jatuh bangun, liku liku hidup seharian bersengkang mata menghadap chart demi kecapi impian dan matlamat hidup yang sudah ditetapkan bertahun lamanya.

Di kesempatan ini, admin ingin berkongsi sedikit tips untuk menjernihkan kembali minda netizen mengenai bidang ini.

 # Manage Your Expectation 

Secara telus, bidang ini bukanlah satu pilihan yang tepat untuk mereka yang inginkan fast money jika mereka tidak berilmu. Sebagai contoh, Fakhrul mempunyai modal untuk memasuki pasaran (berdagang). Beliau inginkan fast money, dek kerana tiada ilmu, Fakhrul berdagang jual beli matawang secara gamble. Modal dalam pasaran semakin susut lalu margin call (mc). Pada awalnya, beliau terfikir mungkin cara ini boleh membantu beliau untuk masa yang singkat. Saluran ini bukanlah bermakna jika anda lakukan anda akan menjadi jutawan segera.

 # Focus 

Fokus disini bermaksud apabila anda melibatkan diri dalam trading, fokus dan terapkan nilai kesabaran yang tinggi dalam diri anda. Tanam kata kata bahawa anda bukan bakal jutawan segera dalam masa berbulan sahaja seperti mana yang sering dikatakan. Peluang itu akan muncul jika anda berada pada landasan yang betul.

 # Learn 

Point disini sedikit ditekankan kerana apabila kita menceburi sesuatu bidang, proses pembelajaran tetap akan berlaku walaupun pandangan pertama ketika itu kelihatan mudah. Fahami ilmu dan apa jua peralatan atau rancangan dagangan yang anda perlukan untuk belajar dan jangan mengharapkan sesuatu isyarat yang anda sendiri belum yakin. Fasa percubaan itu tidak salah tetapi tidak digalakkan untuk berterusan tanpa anda memahami proses tersebut.

 # Mentor 

Jangan berhenti mencari mentor sehingga anda yakin bahawa seseorang itu boleh dipercayai. Berguru seberapa ramai, belajar seberapa banyak jam yang diperlukan. Dengan bimbingan mentor juga mampu mendidik anda dari perbuatan yang tak sepatutnya, sebagai contoh anda menambah volume dalam pasaran tanpa hiraukan margin anda yang semakin berkurangan. Dengan adanya mentor juga, dalam tak sedar kita mendidik diri kita supaya berdisiplin untuk masa akan datang.

 # Perbaiki Dan Tingkatkan

Setelah memahami dan mendapat rentak yang telah anda gabungkan, seeloknya anda memasuki fasa menajamkan pemahaman anda. Jangan berhenti untuk menambah pengetahuan, memperkemaskan corak strategi yang telah anda bina. Setiap kejayaan permulaannya adalah kegagalan.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini