Dalam garis masa kebelakangan ini, rakyat Malaysia dihebohkan dengan perlantikan Peguam Negara yang baru selepas posisi itu disandang oleh Tan Sri Mohamed Apandi Ali, iaitu Tommy Thomas. Ramai yang mengemukakan pendapat tersendiri diatas perlantikan individu itu. Tommy Thomas juga adalah individu yang pertama menyandang jawatan Peguam Negara yang bukan berbangsa melayu dan bukan juga beragama Islam.

Sumber – Bernama

Tommy Thomas telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertua Agong Sultan Muhammad V untuk menyandang posisi sebagai Peguam Negara Malaysia.

Tommy Thomas 66, telah melaporkan diri di Jabatan Peguam Negara semalam untuk memulakan tugasan. Antara 3 fokus utama yang beliau perlu tumpukan ialah menyiasat semula kes berkenaan 1MDB. Selain itu, memansuhkan undang undang yang berunsur penindasan seperti Akta AntiBerita Tidak Benar dan Akta Cukai dan Barangan. Fokus ke-3 ialah mengkaji semula pelaksanaan kontrak yang bercanggah dengan kepentingan negara yang telah kerajaan terdahulu laksanakan.

Rekod Profession Yang Memberangsangkan

Beliau telah berkhidmat lebih daripada 40 tahun dalam bidang ini. Berbagai jenis kes yang telah beliau kendalikan selama menjalankan tugasnya. Tommy juga sering menonjolkan diri sebagai peguam utama bagi Bar Malaysia dalam kes rumit seperti MH370 dan Chin Peng. Tak cukup dengan itu, Tommy juga menerbitkan 2 buah buku yang berjudul Anything But The Law dan Abuse Of Power

Seluruh rakyat Malaysia mengharapkan bahawa TT menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin tanpa mengira bangsa dan agama serta keadilan dapat ditegakkan.

 

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini