Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam dan dibuka lebih tinggi pada dagangan Asia hari ini manakala indeks Wall Street yang turut mempamerkan pergerakan bullish. 

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI  berada pada 1,781.02, naik 3.89 mata, setelah dibuka 2.84 mata lebih kukuh pada 1,779.97 berbanding 1,777.13 pada penutup Rabu.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 206 berbanding 76 manakala 189 tidak berubah dengan 1,428 tidak didagangkan dan 32 yang lain digantung.

Sejumlah 168.81 juta saham bertukar tangan bernilai RM80.64 juta.

Pada masa yang sama, saham Asia dibuka lebih tinggi dengan MCSI Asia Pasifik yang naik 0.2%, mencecah paras tinggi 2 bulan disusuli oleh Nikkei 225 yang melonjak 0.7% kepada 22790.68 pada awal dagangan hari ini.

Di Wall Street, Dow Jones Industrial Average ditutup 346.41 mata, 1.4% lebih tinggi kepada 25,146.39 disusuli oleh S & P 500 yang menambah 23.55 mata, bersamaan dengan 0.86% kepada 2,772.35.

Nasdaq Composite juga dilaporkan naik 51.38 mata, 0.67% tinggi kepada 7,689.24.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini