Euro kekal berada di paras tinggi 2 minggu berbanding matawang lain setelah ECB menyatakan bahawa ia akan mengumumkan program rangsangannya pada minggu hadapan.

Ketua ekonomi ECB, Peter Praet juga berkata bahawa mereka bakal membahaskan tentang penamatan pembelian bon bagi akhir tahun ini pada minggu hadapan.

Ketua bank pusat Jerman, Jens Weidmann menjangka bahawa ECB bakal menamatkan program pembelian bonnya disusuli oleh kenyataan Klaas Knot yang mengatakan bahawa tiada sebab bagi mereka untuk meneruskan program pelonggaran kuantitatif itu.

Berikutan itu, matawang euro mendapat dorongan ke paras tertinggi 2 minggu kepada
$ 1.17955 dan direkodkan berada pada paras $ 1.1792 sehingga jam 10.15.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini