Facebook Inc. mengatakan bahawa ia mempunyai perjanjian untuk berkongsi data pengguna dengan Huawei, pembuat telefon pintar Cina yang dikategorikan sebagai ancaman keselamatan oleh agensi perisikan AS.

Perjanjian dengan Huawei mungkin menarik perhatian khusus kerana kebimbangan yang dikemukakan oleh pegawai AS bahawa kerajaan China boleh menggunakan telefon pintar syarikat dan produk lain untuk mengumpul maklumat risikan, iaitu satu dakwaan yang telah dinafikan pihak Huawei berulang kali.

“Huawei adalah pengeluar mudah alih ketiga terbesar di seluruh dunia dan perantinya digunakan oleh individu di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat,” kata Francisco Varela, naib presiden Facebook bagi perkongsian mudah alih.

“Facebook bersama-sama dengan banyak syarikat teknologi AS yang lain telah bekerjasama dengan mereka dan pengeluar Cina lain untuk mengintegrasikan perkhidmatan mereka ke telefon ini”, tambahnya.

Bagaimanapun, CEO Apple Inc., Tim Cook mengkritik tindakan syarikat sosial media itu kerana mengabaikan privasi data penggunanya.

Kritikan tersebut menyebabkan saham Facebook Inc. susut 0.18%.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini