Microsoft Corp telah secara rasminya memperoleh GitHub Inc. dengan $7.5 Bilion setelah berjaya mengambil alih LinkedIn dua tahun lalu dengan $26.2 Bilion oleh Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella.

Bagi Microsoft, perolehan GitHub Inc. tersebut bakal menjadi lonjakan pemulihannya seperti mana prestasinya hampir sedekad lalu.

GitHub Inc. adalah syarikat kod-repositori yang popular dengan banyak perisian yang digunakan oleh kebanyakan syarikat tekonologi gergasi lain termasuk Apple, Amazon dan  Google. 

GitHub dikatakan lebih suka menjual syarikat tersebut kepada orang ramai dan memilih Microsoft sebahagiannya kerana tertarik dengan Nadella, kata salah seorang daripada mereka. GitHub Inc. juga pernah dinilai $ 2 bilion pada tahun 2015 sebelum Microsoft memperolehinya.

Microsoft asalnya mencipta nama di pasaran sebagai alat pembangunan perisian. Beberapa dekad sebelum mantan Ketua Pegawai Eksekutif, Steve Ballmer berusaha keras untuk mencari developers. Bill Gates dan Paul Allen, mengasaskan syarikat itu bagi memberi peluang kepada individu untuk memprogram kit mikro komputer baru, MITS Altair.

Namun pada tahun 2002, Microsoft mengalami fasa kritikalnya terhadap program terbuka yang dibina GitHub hari ini yang membolehkan developers mengembang, memperbaiki dan berkongsi kod sekaligus menjadi ancaman kepada Microsoft. 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini