Eksport Malaysia secara tahunan bagi April 2018 mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 14.0%  kepada RM84.2 bilion, menjadikannya bacaan eksport bulanan kedua tertinggi selepas eksport bulan sebelumnya sebanyak RM84.5 bilion.

Eksport semula pada April 2018 bernilai RM20.1 bilion, dengan tambahan 84.3% dan mencakupi 23.9% daripada jumlah eksport. Pada masa yang sama, eksport domestik meningkat RM1.2 bilion , tambahan 1.8% kepada RM64.1 bilion.

Di samping itu, import berkembang sebanyak 9.1% secara tahunan kepada RM71.2 bilion serta mencatatkan pertumbuhan sebanyak RM1.4 bilion daripada RM69.8 bilion secara bulanan. Dalam terma pelarasan bermusim, import naik 8.8%.

Selain itu, Ringgit Malaysia didagangkan sedikit rendah berbanding dolar setelah mencecah paras 3.9655 semalam sebelum naik 0.10% ke paras 3.9740 sehingga jam 12.25 tengahari ini.

Secara keseluruhannya, jumlah dagangan yang bernilai RM155.4 bilion meningkat RM16.3 bilion atau 11.7% berbanding tahun lalu.

Ia juga mencatatkan pertumbuhan sebanyak RM1.2 bilion atau 0.8% berbanding bulan sebelumnya.

Lebihan dagangan bagi bulan April 2018 adalah RM13.1 bilion, meningkat sebanyak RM4.4 bilion, bersamaan dengan 50.9% daripada tahun lalu. Walaubagaimanapun, berbanding bulan sebelumnya, ia turun RM1.6 bilion atau 11.0% – sumber DOSM

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini