Reserve Bank of Australia telah mengekalkan kadar faedahnya pada 1.50% hari ini.

RBA menyatakan di dalam laporan monetarinya bahawa inflasi adalah rendah dan berkemungkinan kekal bagi sementara waktu sekaligus mencerminkan pertumbuhan kos buruh yang rendah dan persaingan yang kukuh dalam peruncitan.

Walaubagaimanapun, peningkatan berperingkat bagi inflasi dijangka semakin kukuh,  sejajar dengan ramalan utama bagi inflasi IHP melebihi 2% pada 2018.

Pada masa yang sama, pasaran perumahan di Sydney dan Melbourne dilaporkan sedikit perlahan.

Harga perumahan sedikit berubah sejak enam bulan yang lalu, dengan harga yang direkodkan jatuh di beberapa kawasan, disusuli oleh pertumbuhan kredit perumahan yang telah melambat sejak beberapa tahun lalu, terutamanya kepada para pelabur.

Langkah-langkah penyeliaan APRA dan piawaian kredit yang lebih ketat telah membantu dalam mengekang pembentukan risiko dalam lembaran imbangan isi rumah, meskipun tingkat hutang isi rumah tetap tinggi. Meskipun terdapat beberapa pengetatan lbagi piawaian pinjaman, purata kadar faedah gadai janji ke atas pinjaman terkumpul terus menurun.

AUD / USD dilihat memberi reaksi terhadap laporan tersebut setelah turun 0.14% kepada 0.76363.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini