Umumnya, sumber pendapatan Malaysia terbahagi kepada 4 komponen utama.

 1 : Perdagangan 

Malaysia tidak terlepas dari melakukan dagangan antarabangsa (termasuk matawang) dan juga secara lokal. Secara amnya, import dan eksport barangan Malaysia dan luar menjadi definisi dagangan antarabangsa di sini dengan jumlah yang besar. Sehingga hari ini, jumlah import dan eksport Malaysia berkembang ke paras yang kukuh sekaligus menjadikan imbangan perdagangan Malaysia stabil pada 13.1 bilion pada bulan April yang lalu.

Kestabilan imbangan tersebut mendorong kepada peningkatan Kadar Pertumbuhan Dalam Negara (KDNK) yang membawa maksud bahawa ekonomi negara sedang berkembang dengan kukuh.

** KDNK meningkat = Ekonomi berkembang

 2 : Pasaran Saham (Stock Market) 

Pasaran saham adalah sebahagian daripada pasaran modal yang berperanan penting dalam menjalankan fungsi ekonomi dan kewangan. Secara kolektif, ia merupakan mekanisme yang memudahkan pemindahan dana pelaburan daripada agen ekonomi yang mempunyai lebihan kewangan kepada mereka yang mengalami defisit kewangan.
Ini dapat dicapai melalui proses penjualan sekuriti (saham atau bon) sama ada di pasaran primer ataupun pasaran sekunder. Harga transaksi dan sebut harga bagi sesuatu saham juga memberikan pelabur “petunjuk nilai pasaran” yang boleh mempengaruhi keputusan mengenai perbelanjaan penggunaan (consumption expenditures).

 3 : Cukai  

Kita bermula dengan penyumbang terbesar kepada pendapatan negara iaitu cukai pendapatan korporat (Corporate Tax) di mana cukai ini mewakili 29% daripada 100% pendapatan penuh negara yang dikenakan kepada semua syarikat-syarikat korporat. Mengikut data laporan kewangan, sebanyak RM 67,822  juta telah dikutip oleh kerajaan pada tahun 2017.

Penyumbang kedua terbesar pendapatan negara adalah daripada cukai yang selalu menjadi tajuk hangat perbualan rakyat . ”Goods and Services Tax” atau dikenali sebagai GST oleh masyarakat Malaysia hari ini telah berjaya memungut sejumlah wang sebanyak RM 41,500 juta pada tahun lalu. Seperti yang kita sedia maklum bahawa sistem cukai GST akan diturunkan sehingga ke paras sifar (0%) berkuatkuasa pada 1 Jun 2018 dan digantikan dengan sistem pencukaian SST yang bakal berkuatkuasa pada 1 Sepetember 2018 akan datang.

Seterusnya, cukai pendapatan individu (Individuals Income Tax) adalah penyumbang terbesar ketiga pendapatan negara. Tahukah anda bahawa kerajaan telah berjaya memungut sebanyak RM 30,089 juta pada tahun 2017. Jumlah yang besar itu dipungut daripada individu yang lazim berpendapatan secara berpurata RM 34,000.00 setahun dan ke atas.

Pendapatan negara juga diperolehi daripada hasil pungutan Corporate Petroleum Tax yang dikenakan kepada syarikat-syarikat carigali dan pemprosesan minyak seperti Petronas. Kerana petroleum adalah hasil bumi yang dimiliki kerajaan tetapi dijalankan oleh syarikat yang ditubuhkan kerajaan namun diswastakan kepada badan bukan kerajaan. Hasil daripada sistem pencukaian ini, kerajaan telah memungut sebanyak RM 11,760.92 juta dan menjadi sumber ketiga terbesar untuk pendapatan negara.

 4 : Hasil Bumi 

Malaysia mempunyai nilai kekayaan hasil bumi yang begitu banyak sekali seperti emas, timah, bijih besi, petroluem, sawit, getah dan kayu balak. Kemudian sumber semulajadi ini dijadikan perkara asas untuk dieksport ke pasaran luar negara bagi mendapatkan keuntungan untuk dinikmati bersama oleh rakyat Malaysia. Namun terdapat beberapa sumber utama lagi yang menyumbang kepada pendapatan negara kita.

Ke mana hasil pungutan cukai ini dibelanjakan ? mesti korang nak tahu kan .

Nilai yang diperolehi daripada cukai-cukai yang di atas akan diperuntukan oleh kerajaan kepada beberapa kepentingan dalam negara iaitu peruntukan untuk infrastruktur kemudahan awam, pembangunan negara, sekolah-sekolah dan kolej atau universiti, pertanian dan perindustrian, perkhidmatan kesihatan, keselamatan dan pertahanan negara serta golongan-golongan yang memerlukan bantuan.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini