Pasaran kewangan minggu ini dilihat kurang mengeluarkan data ekonomi utama malah memberi fokus kepada peristiwa perdagangan yang lebih besar. Presiden Donald Trump menjadi fokus utama setelah beliau dijadualkan untuk bertemu dengan pemimpin dunia di sidang kemuncak G7 di Kanada.

  1. Sidang Kemuncak G7

Pemimpin-pemimpin negara G7 bakal bertemu di Quebec pada akhir minggu ini yang diselenggarakan oleh Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau. bagi menyelesaikan permasalahan tarif A.S..

Presiden Trump dijangka tiba pada hari Jumaat, di mana beliau akan bertemu pemimpin Jerman, Itali, Perancis, Inggeris, dan Jepun, semua negara yang tertakluk kepada tarif A.S..

 2. Mesyuarat Dasar Rizab Bank of Australia (RBA) 

RBA bakal menetapkan kadar faedah terkini pada hari Selasa, jam 1230 tengahari dengan jangkaan bahawa RBA bakal mengekalkan kadar faedahnya pada 1.50%.

Pelabur menjangkakan dasar bakal terus mendatar bagi jangka masa yang lama.

 3. GDP Australia  

Laporan pertumbuhan ekonomi Australia bakal diterbitkan pada hari Rabu, jam 930 pagi. 

Penganalisa menjangkakan bahawa pertumbuhan ekonomi Australia bakal terus berkembang kepada 2.7% secara tahunan dan 0.8% secara bulanan.

Data perdagangan lain Australia juga bakal diterbitkan pada minggu ini, termasuk data imbangan perdagangannya.

 4. Laporan Pengeluaran Pembuatan U.K 

Jabatan Statistik Kebangsaan U.K bakal menerbitkan data pembuatan pada hari Jumaat, jam 430 petang dengan sasaran bacaan -0.2% daripada -0.1% bagi bulan April.

 5. Laporan Pekerjaan Kanada  

Jabatan Statistik Kanada dijadualkan mengeluarkan laporan pekerjaan pada hari Jumaat, jam 830 malam dengan jangkaan kenaikan kepada 20.0 Ribu berbanding -1.1 Ribu.

Pada masa yang sama, bacaan kadar pengangguran dijangka kekal mendatar dengan 5.8%.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini