Jualan runcit Australia meningkat kepada 0.4% pada bulan April, mengatasi jangkaan pasaran yang mensasarkan kenaikan 0.2% daripada 0.0% pada bulan Mac.

Berdasarkan kategori, kenaikan merangkumi :

  • Kafe, restoran dan tempat makan dengan kenaikan 1.3%.
  • Peruncitan lain naik 0.9%.
  • Peruncitan makanan mengalami kenaikan 0.3%.
  • Barangan runcit naik 0.7%.

Peningkatan ini sebahagiannya diimbangi oleh penurunan dalam kategori :

  • Pakaian, kasut dan aksesori peribadi turun -0.8%.
  • Kedai serbaneka susut -0.9%.

Berikutan itu, AUD / USD meneruskan rally ke paras $ 0.76042 pada awal dagangan sesi Asia hari ini.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini