Utama Informasi Apakah Jenis-Jenis Cukai Di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu ?

Apakah Jenis-Jenis Cukai Di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu ?

4324
0

Umumnya, cukai adalah liabliliti atau wang yang perlu ditanggung dan dibayar kepada pihak kerajaan di atas pendapatannya.

Pada masa yang sama, cukai diperlukan bagi menampung pembangunan sesebuah negara serta menjadi salah satu sumber pendapatan negara yang utama.

Adakah anda tahu tentang jenis-jenis cukai yang dikenakan di Malaysia?

1 : Cukai Langsung 

Cukai langsung merupakan sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh diagihkan atau dipindahkan oleh pembayar kepada orang lain.

Ertinya, si pembayar, iaitu rakyat atau firma, harus membayar cukai yang dikenakan secara langsung kepada pihak kerajaan yang diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Contoh-contoh cukai langsung adalah:

  • Cukai Pendapatan
    – Cukai pendapatan boleh dikenakan kepada pembayar cukai yang dikehendaki membayar cukai atas semua jenis pendapatan yang diperolehi.
  • Cukai Korporat
    – Syarikat-syarikat dikenakan cukai ke atas pendapatan mereka kecuali syarikat-syarikat pemastautin dalam sektor perbankan, insurans, pengangkutan udara dan perkapalan, yang dinilai pada skop pendapatan dunia.
  • Cukai Harta
    – Cukai Harta ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan harta. Juga dikenali sebagai Cukai Taksiran atau Cukai Pintu.
  • Cukai Keuntungan Hartanah
    – Cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain).

2 : Cukai Tak Langsung 

Sebaliknya, cukai tak langsung adalah cukai yang dibayar secara tidak langsung kepada kerajaan. Contohnya, cukai perkhidmatan.

Pengurusan cukai perkhidmatan berada di bawah kawalan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Ertinya, rakyat tidak perlu membayar cukai secara terus kepada kerajaan jika membeli atau menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan. Malah, pihak penjual atau pemberi perkhidmatan yang membayar cukai kepada kerajaan, bukan pembeli.

Ekoran isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST) baru-baru ini, mari fahami dengan lebih lanjut mengenainya.

3 : Cukai Barangan Dan Perkhidmatan

GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran.

Maksudnya, semua barang dan perkhidmatan termasuk yang diimport melainkan yang pengecualian kerajaan perlu dibayar cukai dan setiap lapis rangkaian pengguna perlu membayarnya dengan jumlah cukai tetap (6%). 

Namun, GST telah ditetapkan pada kadar 0% bermula hari ini.

4 : Cukai Jualan 

Cukai jualan adalah cukai seperingkat yang dikenakan di peringkat import atau pengilangan. Di Malaysia, pengilang-pengilang yang mengeluarkan barang-barang bercukai perlu dilesenkan di bawah Akta Cukai Jualan 1972.

Kebanyakan cukai jualan adalah 10%.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini

error: Content is protected !