Inflasi tahunan teras zon Eropah dijangka menjadi 1.9% pada bulan Mei 2018, meningkat dari rekod 1.2% pada bulan April sekaligus menjangkaui anggaran pasaran yang mensasarkan catatan bacaan 1.9%.

Melihat kepada komponen utama inflasi kawasan euro, tenaga dijangka mempunyai kadar tahunan tertinggi pada bulan Mei dengan catatan kenaikan kepada 6.1%, berbanding 2.6% pada bulan April, disusuli oleh kategori makanan, alkohol & tembakau dengan bacaan 2.6% berbanding 2.4% pada bulan April.

Pada masa yang sama, kategori perkhidmatan meningkat kepada 1.6% berbanding 1.0% pada bulan April dan barangan industri bukan tenaga yang mencatat sedikit penurunan 0.2%, berbanding dengan 0.3% pada bulan April.

Walaubagaimanapun, kadar pengangguran dilaporkan sedikit meleset dengan rekod 8.5% daripada sasaran penurunan 8.4% tetapi sedikit susut berbanding bacaan lalu.

Ekoran data yang dilaporkan bercampur, EUR / USD melakukan pivot di harga $ 1.17190

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini