Apa itu IPO ?

IPO adalah singkatan bagi Initial Public Offering dimana IPO ini adalah penawaran saham sesuatu perusahaan atau syarikat yang membuka pegangan saham kepada orang awam. Badan yang menguruskan proses IPO adalah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Tujuan IPO

Syarikat yang membuka IPO ini bertujuan untuk mendapat suntikan dana bagi membiayai, menambahbaikkan dari segi operasi, modal kerja, hutang dan dari sudut lain juga. Selain itu, IPO juga membolehkan sesuatu syarikat menempah nama di Bursa Malaysia. Jadi, apabila orang ramai membeli sesuatu saham, nilai saham tersebut dapat diapungkan di Bursa Malaysia. Pergerakan turun naik berlaku apabila ada orang yang membeli dan menjual.

Sesuatu syarikat berhak membuka nilai pegangan saham kepada orang ramai mengikut jumlah yang dipersetujui oleh golongan atasan.

Sebelum dibuka kepada awam, syarikat tersebut perlu menerbitkan profil syarikat kepada umum untuk prospek/pelabur membuat sedikit analisis sebelum membeli saham syarikat. Di dalam profil tersebut mengandungi aliran kewangan, perkembangan dan prestasi syarikat serta dari segi pengurusan.

Bagaimana IPO berfungsi ?

Dalam setiap syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia terdapat sejumlah 100% saham syarikat itu akan disenaraikan namun hanya lebih kurang 30% yang diapungkan di pasaran dan yang selebihnya dipegang oleh mereka-mereka yang mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Syarikat yang mengalami kerugian akan mendapat dana lebihan untuk menstabilkan kembali kedudukan syarikat tersebut hasil daripada penawaran saham kepada awam. Media massa menjadi platform untuk war-warkan keuntungan syarikat. Jadi dari saluran itu, jumlah pelabur yang tertarik akan bertambah.

Berikut adalah analogi penerbitan IPO

Zamri dan Saipul membuka sebuah syarikat pembinaan. Pegangan saham dibahagikan kepada pecahan 50%-50%, (10 juta seorang).

Syarikat mereka berkembang dan berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM35 juta. Zamri dan Saipul berhajat untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka tanpa melibatkan bank. Jadi, mereka berbincang dan bersetuju untuk menerbitkan saham yang baru bernilai RM30 juta dan pecahannya terbahagi kepada (35%-35%) Zamri dan Saipul manakala (30%) untuk pegangan awam.

Status syarikat dinaiktarafkan kepada BERHAD dan berjaya diapungkan di Bursa Malaysia. Keuntungan syarikat seterusnya akan menjadi dividen bagi pelabur mengikut pecahan peratusan yang dipersetujui.

Tetapi, sebelum membeli saham sesuatu syarikat, pastikan anda membuat kajian awal untuk mengenalpasti prestasi syarikat tersebut baik dari segi kewangan atau pengurusan seperti yang ditulis di atas.

Contoh syarikat IPO

 

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini