Kebelakangan ini pasaran ekuiti menjadi tumpuan umum setelah mengalami kekacauan yang signifikan, menyebabkan sesetengah stok sell-off secara mendadak dalam satu hari.

Mari kenali Nasdaq yang tidak asing daripada pedagang dan umum.

 Definisi Nasdaq 

Seperti FBMKLCI, NASDAQ digunakan bagi merujuk Nasdaq Composite, indeks yang mengandungi lebih 3000 saham atau erti kata lainnya, ia bertindak sebagai bursa seperti KLSE juga.

Pasaran saham Nasdaq adalah bursa saham Amerika yang direka untuk membolehkan pelabur membeli dan menjual stok pada rangkaian komputer secara automatik, telus dan cepat.

Asalnya, Nasdaq merupakan Persatuan Pengedar Sekuriti Kebangsaan Sekutu Automatik, yang pada tahun 1971 yang menawarkan alternatif kepada sistem urus niaga saham kaunter. NASD percaya bahawa ianya membebankan pelabur dengan perdagangan dan penangguhan yang tidak cekap.

 Indeks Nasdaq 

Indeks Nasdaq dibahagi kepada 3 jenis:

  1. Dow Jones Industrial Average (DJIA)
    Indeks utama Nasdaq adalah DJIA yang mengukur kekuatan 30 saham syarikat besar.
  2. NASDAQ Composite Index
    Mengukur perubahan dalam lebih 3000 saham yang didagangkan di Nasdaq
  3. NASDAQ 100
    Indeks berwajaran kapital yang merangkumi 100 syarikat utama di dalam pasaran Nasdaq.

 Komponen Nasdaq 

NASDAQ kini mengandungi kira-kira 3,200 syarikat yang didagangkan secara awam, dan merupakan bursa saham kedua terbesar (dari segi nilai sekuriti) serta menjadi pasaran saham elektronik terbesar.

Nasdaq juga didagangkan bersama-sama Dow Jones 30 dan indeks S & P 500.

Berikutan ciri pertukaran elektroniknya, Nasdaq tidak didagangkan di trading floor. Pertukaran tersebut merupakan dealer pasaran.

Secara teknikalnya, broker yang membeli dan menjual di Nasdaq menggunakan perkhidmatan dealers. 

 Kriteria Saham Nasdaq 

Untuk disenaraikan di Pasaran Nasional Nasdaq, syarikat mesti mengekalkan harga saham sekurang-kurangnya $ 1, dan nilai saham terkumpul mesti berjumlah sekurang-kurangnya $ 1.1 juta.

Bagi syarikat yang lebih kecil yang tidak memenuhi keperluan kewangan, terdapat Nasdaq Small Caps Market. 

 Teknologi Terkemuka Di Bawah Nasdaq 

Syarikat teknologi gergasi dan terkemuka dunia kebanyakannya didagangkan di bursa Nasdaq yang merangkumi syarikat bioteknologi seperti :

  • Apple
  • Google
  • Microsoft
  • Oracle
  • Amazon
  • Intel
  • Amgen

 Mengapa Nasdaq Penting ?

Sebagai salah satu indeks yang menyumbang kepada sukatan kitaran saham dunia, Wall Street, Nasdaq memainkan peranan penting bagi mengukur pertumbuhan pasaran saham teknologi gergasi seperti yang di atas.

Pada masa yang sama, dengan catatan jumlah dagangan harian yang sangat besar, tidak mustahil Nasdaq menjadi tumpuan utama para pelabur dan pedagang sama ada secara global atau lokal.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini