Ekuiti Asia meneruskan sell-off global pada awal dagangan hari Rabu ketika krisis politik Itali memaksa Wall Street berundur, menghantar euro ke paras terendah dalam tempoh 10 bulan dan menaikkan kos pinjaman bagi kerajaan di Rom.

Indeks Asia-Pasifik MSCI susut 1.1% manakala Nikkei Jepun turun 1.7% mengatasi paras terendah enam minggu.

Di samping tiu, KOSPI Korea Selatan dan penanda aras saham Australia merosot 1.6% dan 0.7%, masing-masing.

Di Wall Street semalam, Dow Jones Industrial Average turun 1.58% kepada 24,361.45, S & P 500 turun 1.16% kepada 2,689.86 dan Nasdaq Composite turun 0.5% kepada 7,396.59.

Pelabur bimbang mengenai ulangan pilihan raya dalam ekonomi ketiga terbesar di zon euro yang dijadualkan pada Julai, bakal menjadi referendum de facto keahlian Itali mengenai blok matawang dan peranan negara di Kesatuan Eropah.

Hasil bon Itali jangka pendek yang menjadi pengukur risiko politik melonjak 1.5 mata peratusan dari Isnin ke paras tertinggi sejak 2013.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini