USD / MYR naik lebih tinggi ke paras 3.99, meningkat lebih 0.36% pada dagangan sesi Asia setelah pasaran kewangan global meneruskan sell-off yang bermula pada hari Isnin berikutan kebimbangan pelabur mengenai krisis politik Itali.

Pada masa yang sama, pasangan matawang utama lain turut mengalami kesan yang sama berikutan sentimen politik yang semakin meruncing.

Krisis politik Itali memaksa pelabur beralih kepada aset yang bersifat safe-haven berbanding matawang utama yang jelas sekali terkesan dengan kekacauan politik ini.

Berikutan itu, matawang safe-haven USD / CHF meninggalkan matawang utama lain dengan penurunan ke paras $ 0.98498 semalam sebelum bertukar arah, naik 0.21% ke paras $ 0.9934 pada sesi dagangan Asia hari ini.

EUR / USD merosot lebih rendah kepada $ 1.1534, turun 0.04% disusuli oleh USD / CAD yang melonjak 0.09% kepada $ 1.3028.

Tidak terlepas daripada kekacauan pasaran, AUD / USD menjunam 0.12%, mencecah paras $ 0.7496 setelah data Building Approval pada masa yang sama tidak menyokong Aussie.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini