Bagaimana Syarikat Visa Inc Membuat Keuntungan ?

0
219
Kebelakangan ini, pengguna sering dikaitkan dengan penggunaan kredit yang ditawarkan oleh Visa Inc. Namun, persoalan tentang bagaimanakah Visa Inc mengaut keuntungan dan bagaimana kad kredit Visa berfungsi sering menjadi tanda-tanya.
1 : Apa itu Visa Inc.
Visa Inc. adalah syarikat teknologi pembayaran global yang berusaha untuk membolehkan pengguna, perniagaan, bank dan kerajaan menggunakan matawang digital.
Ia juga memudahkan pemindahan dana elektronik di seluruh dunia, yang paling biasa melalui kad kredit Visa, kad hadiah, dan kad debit.
2 : Bagaimana kad kredit beroperasi
Syarikat kad kredit seperti Visa dan MasterCard sebenarnya tidak mengeluarkan kad kredit individu secara langsung.Sebaliknya bank, kesatuan kredit, dan juga peruncit yang mengeluarkan kad tersebut. Institusi kewangan yang mengeluarkan kad biasanya menetapkan terma dan syarat kad kredit, termasuk kadar faedah, yuran, ganjaran dan ciri-ciri lain. Apabila pemegang kad kredit membayar bil bulanan, institusi kewangan yang menjadi penerima pembayaran, bukan syarikat kad kredit.

3 : Bagaimana Visa membuat keuntungan ?

Pendapatan perkhidmatan Visa (V) hanya mempunyai satu segmen iaitu, perkhidmatan pembayaran. Hasil operasi syarikat terutamanya berasal dari perkhidmatan, pemprosesan data, dan hasil transaksi antarabangsa.

Pendapatan perkhidmatan mewakili 40% daripada jumlah pendapatan syarikat. Pendapatan perkhidmatan termasuk pendapatan daripada pelanggan institusi kewangan seperti J.P. Morgan (JPM), Citigroup (C), atau Bank of America (BAC), yang menyokong perkhidmatan untuk penghantaran produk dan penyelesaian pembayaran berjenama Visa.

Secara lokal, institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan kad kredit ini seperti Maybank, Cimb bank, Ambank dan sebahagian dari institusi kewangan yang lain.

** Analogi keuntungan Visa Inc secara tidak langsung. 

Pengguna (Saiful) menyimpan (bertindak sebagai perkhidmatan) $5000 ke dalam kad Visa seterusnya membelanjakannya sebanyak $3000 menjadikan baki kadnya $2000.

Baki di dalam kad Saiful tadi ditukarkan (bertindak sebagai pemprosesan data) kepada dana modal dagangan antarabangsa menjadikan baki di dalam kad Saiful tadi sebagai “floating money” . Dagangan (bertindak sebagai hasil transaksi antarabangsa) tadi secara tidak langsung memberi keuntungan berganda kepada syarikat Visa ini.

 

4 : Atribut Kad Kredit (Visa) 

Secara keseluruhannya, pengguna sebenarnya tidak meminjam wang dari Visa apabila pengguna menggunakan kad kredit mereka untuk membuat pembelian.

Oleh itu, apabila pengguna membuat pembayaran kad kredit, Visa tidak mendapat keuntungan dari kadar faedah yang dikenakan oleh kad.

Wang yang dipinjam adalah dari institusi kewangan yang mengeluarkan kad, seperti JPMorgan Chase atau Capital One, dan oleh itu semua perbelanjaan faedah yang dibayar pada kad kredit berjenis Visa akan dibawa kepada pengeluar kad.

5 : Saham Visa 

Saham Visa Inc tidak terlepas daripada menjadi fokus pelabur dan berada sebaris dengan saham terkenal lain.

Visa juga telah menyediakan pulangan signifikan kepada para pemegang saham, dengan menghasilkan keuntungan melebihi 500%. 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini