Apakah Maksud Indeks ‘Purata Perindustrian Dow Jones – DJIA’ ? 

Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) adalah purata wajaran harga bagi 30 saham penting yang didagangkan di New York Stock Exchange (NYSE) dan Nasdaq. DJIA dicipta oleh Charles Dow pada tahun 1896.

Sering disebut sebagai “Dow,” DJIA adalah salah satu indeks yang paling tua di dunia yang merangkumi syarikat-syarikat seperti:

  • General Electric Company
  • Walt Disney Company
  • Exxon Mobil Corporation
  • Microsoft Corporation

 Sejarah Penubuhan DJIA 

Dinamakan sempena pengasas indeks tersebut, Charles Dow dan rakan perniagaannya Edward Jones, Dow Jones Industrial Average direka untuk bertindak sebagai proksi bagi ekonomi A.S. yang lebih luas.

Dalam erti kata lain, DJIA menjadi penanda aras pasaran saham A.S. 

Apabila indeks dilancarkan, ia hanya merangkumi 12 syarikat yang berada dalam sektor industri semata-mata. Komponen pertama yang beroperasi dalam kereta api, kapas, gas, gula, tembakau dan minyak. General Electric adalah satu-satunya komponen Dow yang masih merupakan sebahagian daripada indeks pada tahun 2018.

 Komponen Indeks DJIA 

Dow Jones Industrial Average atau DJIA atau Dow Jones, sama seperti FBMKLCI, mewakili 30 syarikat terbesar yang disenaraikan di USA. Seperti KLCI di Malaysia, Dow Jones juga sering digunakan sebagai tanda aras untuk mengetahui status pasaran saham di USA.

 Kolerasi DJIA & FBMKLCI 

Disebabkan wujud perbezaan waktu antara Malaysia dan USA, pelabur di Malaysia selalunya akan mengetahui prestasi pasaran di USA dengan melihat penutupan harga Dow Jones. Pasaran A.S. ditutup pada 5:30 am ataupun 6:30 am waktu Malaysia.

Bagaimana ia mempamerkan kolerasinya?

Kebiasaannya, naik ataupun turunnya KLCI pada hari berikutnya bergantung kepada prestasi Dow Jones pada hari sebelumnya. Ada beberapa kemungkinan perkara ini berlaku. Antaranya kerana sentimen pelabur kebiasaannya bersifat reaktif. Bukan sahaja di Malaysia, prestasi di negara-negara lain juga sering bergantung kepada prestasi Dow Jones ekoran A.S. masih dianggap kuasa utama ekonomi dunia.

Kolerasi DJIA-FBMKLCI (6 Bulan)

Berdasarkan carta di atas, pergerakan KLCI dan Dow Jones sepanjang 5 bulan yang lepas bergerak selari. Cuma bermula 5 Februari, perbezaan sedikit diverge (mencapah), namun pattern naik-turun masih lagi sama.

Kolerasi DJIA-FBMKLCI (3 Tahun)

Berdasarkan carta di atas, pergerakan KLCI dan Dow Jones sepanjang 3 tahun yang lepas bergerak selari. Cuma bermula pertengahan tahun 2016, perbezaan sedikit diverge (mencapah), namun pattern naik-turun masih lagi sama.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini