Pasaran kewangan global minggu ini bakal memberi tumpuan kepada laporan pekerjaan bulanan A.S. serta beberapa peristiwa penting lain yang menarik tumpuan pelabur dan pedagang.

Pada masa yang sama, pasaran A.S. ditutup pada hari Isnin ekoran cuti Hari Memorial dan juga U.K, ditutup pada hari yang sama berikutan cuti musim bunga.

News penting bagi minggu ini termasuk:

  1. Laporan Pekerjaan A.S. 

Jabatan Tenaga Kerja A.S. bakal menerbitkan laporan pekerjaan non-farm bagi bulan Mei pada hari Jumaat jam 8.30 malam dengan jangkaan penambahan bacaan berbanding sebelumnya.

Panganalisa menjangkakan bahawa pertumbuhan pekerjaan meningkat kepada 190,000 manakala kadar pengangguran kekal pada 3.9%.

2. Data Inflasi PCE A.S. 

Jabatan Perdagangan dijadualkan menerbitkan data pendapatan peribadi dan perbelanjaan pengguna bagi bulan April termasuk data inflasi pengguna (PCE) pada hari Khamis, jam 8.30 pagi. 

Pasaran menjangkakan bahawa bacaan berada pada 0.1% berbanding bacaan sebelumnya.

Pada masa yang sama, pertumbuhan KDNK suku pertama A.S. yang dijadualkan pada hari Rabu, jam 8.30 pagi juga dijangka meningkat sebanyak 2.3% dalam tiga bulan pertama tahun ini.

Data mengenai keyakinan pengguna CB, gaji sektor swasta ADP, jualan kereta, angka perdagangan, perbelanjaan pembinaan dan  pembuatan PMI juga bakal menjadi fokus pada minggu ini.

3. Data Inflasi Zon Eropah 

Zon Eropah bakal menerbitkan bacaan inflasinya bagi bulan Mei pada hari Khamis, jam 5.00 petang dengan jangkaan bahawa bacaan tersebut bakal meningkat kepada 1.6% berbanding bacaan sebelumnya.

Manakala Jerman, Perancis, Itali dan Sepanyol bakal menerbitkan laporan CPI mereka sendiri.

4. PMI Pembuatan Cina

Persekutuan China Logistik dan Pembelian akan melancarkan data bagi bulan Mei mengenai aktiviti sektor perkilangan pada hari Khamis, jam 9.00 pagi.

Penganalisa pasaran menjangkakan bahawa bacaan tersebut kekal seperti bacaan sebelumnya.

5. Penetapan Kadar Faedah Bank Of Canada

BoC bakal menetapkan kadar faedahnya yang baru pada hari Rabu, jam 10.00 malam dengan bacaan stabil 1.25%.

Pasaran mengatakan bahawa terdapat 305 kemungkinan bagi kadar tersebut dinaikkan.

Menyusul data tersebut adalah pertumbuhan KDNK pada hari Khamis, jam 8.30 malam. 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini