Perlantikan Menteri Hal ehwal Ekonomi Malaysia 

Pada 21 Mei lalu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah secara sah menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia di Kabinet.

Beliau sebelum ini menyandang jawatan Menteri Besar Selangor sebelum diberi tanggungjawab menggalas jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi seminggu yang lalu.

Latar belakang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali : Sumber Bernama

Secara amnya, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi merupakan bidang baru yang diasingkan di kabinet, diberi mandat dan tanggungjawab khusus terhadap pengendalian isu ekonomi Malaysia.

Walaubagaimanapun, skop tugas kementerian ini dilaporkan sedikit berbeza daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri yang dianggap berkongsi objektif yang sama.

 Mandat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi 

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bertanggungjawab di atas usaha pemulihan ekonomi negara sekaligus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara dan global dalam tempoh lima tahun akan datang.

Reformasi terhadap ekonomi negara juga merupakan tanggungjawab utama kementerian ini bersama-sama Kementerian Kewangan yang memegang mandat untuk memperkukuh daya saing dan ketahanan ekonomi negara.

Pada masa yang sama, usaha pembangunan ekonomi yang kukuh dan rancak, mencipta nilai, menjana peluang pekerjaan, serta meningkatkan FDI turut menjadi agenda utama penubuhan kementerian ini.

Malah, mereka menggalas mandat untuk memberi jaminan terhadap pelabur domestik dan pelabur asing bahawa Kerajaan baharu merupakan business-friendly dan mesra pelabur dengan berpegang kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini