Pasangan matawang AUD / USD naik pada dagangan Asia hari ini ke paras $ 0.75752 berbanding paras rendahnya jumaat lalu dengan $ 0.75417.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback terhadap enam matawang utama yang lain juga susut sebanyak 0.34% kepada 93.93 daripada 94.29 pada penutupan akhir Jumaat lalu.

Pada masa yang sama, pasaran A.S. ditutup berikutan Hari Memorial.

Di samping itu, Presiden A.S. Donald Trump telah mengesahkan bahawa sidang kemuncaknya dengan Kim Jong Un kembali seperti biasa, tiga hari selepas beliau tiba-tiba membatalkan mesyuarat bersejarah itu dengan menyampaikan pembatalan perbincangan tersebut kepada pemimpin Korea Utara.

Jabatan Negara sebelum ini mengesahkan laporan bahawa delegasi A.S. bakal bertemu dengan pegawai Korea Utara bagi membuat persediaan sidang kemuncak itu, yang telah ditetapkan pada 12 Jun di Singapura.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in mengadakan pertemuan dua jam secara mengejut pada hari Sabtu dengan Kim Jong Un di sempadan dalam usaha untuk memastikan sidang kemuncak Trump berada di bawah kawalan.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini