Pada minggu lalu, Kapasita menceritakan tentang bon dan proses pembelian bon di Malaysia. Hari ini kapasita ingin menceritakan tentang syarikat GLC yang berkepentingan untuk menjual bon mereka dan apakah syarikat-syarikat yang terlibat.

 Apakah yang dimaksudkan dengan Government Linked Companies (GLCs)? 

GLC merujuk kepada Government Linked Companies yang membawa maksud, Syarikat Berkaitan Kerajaan. Syarikat-syarikat GLC ini adalah syarikat korporat yang dikuasai dan dimiliki oleh bumiputra atau Kerajaan Malaysia.

GLC juga diklasifikasikan sebagai syarikat yang mempunyai objektif komersil utama di mana Kerajaan Malaysia mempunyai pegangan langsung.

Ianya termasuk, mengawal kepentingan merujuk kepada keupayaan (bukan hanya peratusan pemilikan). Kerajaan bertanggungjawab melantik ahli BOD, pengurusan kanan, membuat keputusan utama (contohnya pemberian kontrak, strategi, penstrukturan semula dan pembiayaan, pemerolehan dan pelupusan dan lain-lain) bagi GLC sama ada secara langsung atau melalui GLIC.

 Apakah yang dimaksudkan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (Government-Linked Investment Companies – GLIC) pula ? 

GLIC adalah syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan Persekutuan, yang memperuntukan sebahagian atau semua dananya kepada pelaburan GLC.

Ianya ditakrif mengikut pengaruh Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab di atas perlantikan atau meluluskan anggota lembaga dan pengurusan atasan, menetapkan supaya individu ini melapor terus kepada Kerajaan. Selain itu, Kerajaan menawarkan dana bagi operasi atau menjamin modal dan sedikit pendapatan yang diletakkan oleh pemegang unit.

Takrif ini merangkumi tujuh GLIC iaitu:

  1. KWSP
  2. Khazanah
  3. KWAP
  4. LTAT
  5. LTH
  6. MKD
  7. PNB

GLC merangkumi dan berkait rapat dengan beberapa sektor termasuk:

  • Sektor Ekonomi, Pengangkutan Darat dan Infrastruktur
  • Sektor Infrastruktur (Pengangkutan Udara)
  • Sektor Teknologi dan Infrastruktur (Pengangkutan Darat)
  • Sektor Sosial

  Syarikat-syarikat apakah yang dikategorikan sebagai GLC? 

Kategori GLC terdiri daripada syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri masing-masing dan agensi di peringkat negeri. Ini termasuk syarikat-syarikat yang dikawal secara langsung oleh Kerajaan Malaysia sebagai agensi seperti:

  • Khazanah Nasional
  • MOF Inc
  • KWSP
  • Bank Negara Malaysia

Termasuk syarikat yang GLC sendiri mempunyai kepentingan mengawal, iaitu anak-anak syarikat dan sekutu GLC.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini