Definisi FBMKLCI 

FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index atau FBMKLCI ataupun KLCI adalah indeks yang digunakan untuk mengetahui status pasaran saham di Malaysia sihat ataupun tidak. Jika berlaku kenaikan pada KLCI, ianya menunjukkan bahawa pasaran semakin baik, jika berlaku sebaliknya, ia menunjukkan bahawa pasaran kurang berada dalam keadaan baik.

Dalam erti kata lainnya:

  • Apabila “KLCI ditutup tinggi, menokok XXX mata”: Maksudnya KLCI naik pada hari tersebut.
  • Apabila “KLCI ditutup rendah, turun YYY mata”: Maksudnya KLCI turun pada hari tersebut.

Meskipun KLCI tidak mewakili keseluruhan 1700 lebih kaunter saham di Bursa Malaysia, ia adalah indeks yang paling jelas boleh digunakan sebagai rujukan kerana KLCI mewakili 30 kaunter syarikat terbesar yang disenaraikan di Bursa Malaysia berdasarkan market capitalization mereka.

p/s :
MARKET CAPITALIZATION = NILAI SESUATU SAHAM
MARKET CAPITALIZATION = HARGA SAHAM X JUMLAH VOLUME SAHAM

 Peranan FMBKLCI 

FBMKLCI secara teknikalnya dikenali sebagai penanda aras Bursa Malaysia.
Sama seperti saham, FBMKLCI juga ada turun naiknya, tetapi saham menggunakan harga untuk menilaikan saham tersebut manakala FBMKLCI pula menggunakan sistem mata (point).

Kesimpulannya, 30 syarikat terbesar Bursa Malaysia bergabung, menjadi FBMKLCI. Maka apabila penanda aras menunjukkan tanda-tanda positif, pasaran saham di Malaysia turut mengalami kenaikan. Dan apabila penanda aras positif, pelabur dari dalam dan luar negara bakal lebih bergiat aktif bagi mengaut keuntungan yang lebih besar.

 30 Kaunter Terbesar FBMKLCI 

Berikut merupakan 30 kaunter syarikat terbesar di Bursa Malaysia sekaligus membentuk FBMKLCI :

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini