Definisi Bon 

Bon adalah hutang yang dipinjam manakala bunganya dijadikan pelaburan terbuka bagi para pelabur. Dalam erti kata lain, bon adalah akujanji hutang yang diterbitkan oleh kerajaan atau syarikat serta merupakan sijil atau sekuriti hutang yang menunjukkan bahawa seseorang pelabur telah meminjamkan wang kepada sebuah syarikat atau kerajaan dan beliau akan mendapat pulangan faedah tetap dan bayaran balik modal.

 Jenis Bon 

Terdapat 2 jenis bon iaitu:

  1. Bon Kerajaan :
    Bon kerajaan, penerbit utamanya ialah pihak kerajaan, Bank Negara Malaysia dan institusi separa kerajaan (Khazanah Nasional Berhad, Danamodal dan Danaharta).
  2. Bon Korporat :
    Bon korporat dan sekuriti bersandarkan aset pula diterbitkan Cagamas Berhad, institusi kewangan dan syarikat bukan kewangan.

 Bagaimana Bon Berfungsi ? 

Apabila syarikat atau bahkan kerajaan memerlukan wang untuk membiayai projek baru atau menyelenggara operasi yang sedang berjalan malah untuk membiayai semula hutang yang ada, mereka tidak membuat pinjaman kepada bank malah menerbitkan bon kepada pelabur bagi mendapatkan pinjaman.

Apabila anda melabur ke dalam bon, anda (Pelabur) sebenarnya berperanan sebagai pemberi pinjaman wang kepada penerbit bon. Manakala penerbit bon pula bertindak sebagai peminjam dengan membeli bon tersebut. Seterusnya, penerbit bon akan membayar faedah tetap kepada anda (pelabur) bagi sepanjang tempoh pinjaman dan memulangkan jumlah pokok yang dipinjam apabila matang.

Pelabur akan meminjamkan wang kepada syarikat-syarikat atau kerajaan ini dengan membeli bon yang diterbitkan. Selepas tempoh tertentu, syarikat akan membayar balik jumlah yang dipinjam. Sementara menunggu tempoh matang, syarikat akan membayar faedah kepada anda secara berkala dengan kadar faedah yang ditetapkan. Ini juga dikenali sebagai kupon.

 Siapa Yang Meluluskan Bon ? 

Setiap bon yang dikeluarkan kebiasaanya diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 

 Faktor Yang Mempengaruhi Harga Bon 

  1. Kadar Faedah 
    Turun naik kadar faedah mempengaruhi harga bon. Jika kadar faedah adalah lebih tinggi daripada kupon, harga bon akan jatuh.
  2. Inflasi
    Sama seperti kadar faedah, inflasi yang tinggi akan mengurangkan harga bon.
  3. Tempoh Matang
    Bon jangka panjang kebiasaannya berdepan dengan ketidakpastian yang lebih besar berbanding jangka pendek.
  4. Kualiti Kredit
    Kredibiliti dan kadar faedah sangat penting untuk memastikan peminjam membayar hutang.

 Perbezaan di Antara Saham dan Bon 

Bon:

  • Kecairan yang rendah
  • Bon mempunyai tempoh matang (10,20 dan 30 tahun)
  • Mempunyai pulangan tetap.

Saham:

  • Kecairan adalah lebih tinggi.
  • Saham dibeli dan pelabur mempunyai sebahagian daripada pegangan.
  • Pegangan saham tadi sah sepanjang syarikat beroperasi.
  • Pulangan diterima dalam bentuk dividen, bergantung kepada pencapaian semasa syarikat.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini