1-The Rothschild Family

Keluarga ini mengungguli carta keluarga berpengaruh di dunia. Mereka terkenal sejak abad ke 18 ketika mula melibatkan diri dalam industri pelaburan. Pada abad ke 19, Rothschild telah mencipta kekayaan persendirian terbesar di dunia. Kekayaan yang meliputi pelbagai bidang seperti hartanah, pelaburan, perlombongan, tenaga, pertanian dan pengeluar wain. Keluarga Rothschild juga sering menjadi subjek teori konspirasi.

2-The Rupert Family

Bermula eranya dimana menubuhkan sebuah syarikat rokok yang beroperasi pada awal tahun 1940 dan mempunyai pegangan saham dalam pelbagai syarikat antaranya hospital swasta, wain dan bank.

3-The Genovese Family

Keluarga ini juga tersenarai antara keluarga paling berpengaruh. Genovese mengawal industri media massa di daerah Amerika Syarikat selama satu abad. Mereka juga mengawal aktiviti jenayah terancang di New York dan New Jersey dan menjadi sebahagian kumpulan mafia yang dikenali sebagai Cosa Nostra. Jadi tidak hairanlah mereka juga berpengaruh pada satu masa dahulu.

4-The MacMahon Family

Mesti ramai yang kenal keluarga ini kan? Mereka ini mempunyai pengaruh dalam industri sukan lasak iaitu gusti. Keluarga Macmahon berjaya mengubah industri tersebut menjadi industri yang bernilai berbillion dolar. Mereka juga mempunyai syarikat World Wrestling Entertainment yang sering digambarkan sebagai idea yang gila oleh kebanyakkan orang.

5-The Astor Family

Keluarga Astor mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan dan terlibat dalam politik di Amerika Syarikat dan United Kingdom semasa abad ke 19 hingga ke 20. Selain itu, pernah mendapat gelaran sebagai tuan tanah untuk kota New York dan berhak menjalankan aktiviti di seluruh bandar tersebut. Keluarga ini juga turut melabur dalam bidang hartanah.

6-The Capetian Family

Capetian family dikenali sebagai kerabat diraja yang tertua di Eropah. Anggota keluarganya adalah dari kalangan pemimpin Sepanyol, Luxemburg dan ada sesetengah pemimpin juga datang dari keluarga ini tetapi tidak dapat dikenalpasti susur galur mereka. Mereka juga tersenarai dalam 10 keluarga berpengaruh di dunia.

7-The Porsche Family

Seperti yang kita ketahui kereta berjenama, Porsche adalah kereta yang mempunyai kelajuan dan kelas tersendiri. Keluarga ini adalah pengasas untuk jenama tersebut. Ahli-ahlinya mempunyai pemilikan pemuh terhadap kereta Porsche dan hak mengundi majoriti Volkswagen, pembuat kereta terbesar di dunia.

8-The Rockefeller Family

Pada abad ke 19, keluarga Rockefeller adalah pemegang dalam industri minyak. Mereka mempunyai pengaruh yang kuat dalam industri minyak meskipun industri itu dilihat agak perlahan tetapi mereka masih merupakan sebuah keluarga yang  berkuasa.

9- The Oppenheimer Family

Keluarga ini memiliki dua syarikat terbesar di dunia yang menggali berlian dan emas, menjadikan mereka salah satu keluarga yang paling disegani di dunia. Kekayaan keluarganya pula dibelanjakan bagi menambahbaikkan pelaburan ke negara asalnya

10- The Tata Family

Keluarga Tata mempunyai pengaruh besar dalam pelbagai industri seperti automotif, tekstil dan pembinaan. Kuasa dan kekayaan mereka bermula dengan pelaburan dalam kilang kapas dan kini mereka antara pengeluar beberapa kereta murah di dunia. Selain itu, jika dikira kesemua aset mereka, mereka juga tersenari dalam keluarga terkaya tetapi mereka memilih untuk menderma sebahagian keuntungan mereka untuk komuniti manusia.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini