Keluarga Rockefeller 

Keluarga Rockefeller adalah keluarga yang terlibat dalam perindustrian, politik, dan perbankan Amerika yang memiliki salah satu kekayaan terbesar di dunia.
Kekayaan tersebut bermula ketika industri petroleum Amerika Syarikat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 dimonopoli oleh John D. Rockefeller dan abangnya, William Rockefeller melalui Standard Oil.

 Mengapa Keluarga Rockefeller Dikenali & Mempunyai Pengaruh Besar Di Dunia? 

Kekayaan keluarga Rockefeller menjadi tumpuan setelah berjaya menjadi pemonopoli utama pasaran minyak A.S. ketika itu dan sering dikaitkan dengan “Rothschild Family”.

Secara teknikalnya, kedua-dua keluarga tersebut mempunyai kaitan.

Rothschild berkuasa ke atas kawalan sistem kewangan dunia dan Rockefeller memerlukan sebahagian daripada kuasa tersebut untuk meluaskan empayar Rockefeller ke seluruh dunia.

 Heart Transplant John Davidson Rockefeller 

John D, cucu terakhir Rockefeller didapati melaksanakan pembedahan transplan jantungnya sebanyak 7 kali agar beliau dapat hidup lebih lama sebelum meninggal dunia pada tahun 2017.

 Pemonopoli Industri Minyak Amerika Syarikat 

Lahir pada 8 Julai tahun 1839, karier John Davidson Rockefeller bermula di usia 16 tahun apabila kerja pertamanya adalah pembantu di sebuah kedai buku di Cleveland, Ohio. Meskipun baru berusia 16 tahun, beliau mempunyai cita-cita untuk mempunyai pekerjaan dengan gaji yang tinggi dan hidup lebih 100 tahun.

John D mula mempelajari ilmu industri minyak sehinggalah pada tahun 1870, beliau menubuhkan syarikat Standard Oil yang kemudiannya memonopoli industri minyak di Amerika Syarikat.

Disebabkan permintaan minyak tanah dan petrol yang tinggi pada tahun 1897 Standard Oil mengawal hampir 90% pasaran minyak ketika itu. Dengan wujudnya industri automotif pada masa yang sama, tiada yang dapat menghalang penguasaan Standard Oil.

 Pembubaran Standard Oil 

Standard Oil dibubarkan pada tahun 1911 kepada beberapa syarikat minyak yang ada sampai hari ini iaitu BP, Exxon-Mobile, Chevron, Esso dan beberapa lagi. Namun saham yang dipegang dalam syarikat tersebut masih menyalurkan kekayaan kepada keluarga tersebut.

 Konspirasi Rockefeller 

1. Pengurusan Standard Oil
Standard Oil dikatakan menjalankan perniagaannya dengan penindasan syarikat kecil lain sehingga mereka menjual perniagaan mereka kepada Standard Oil.

2. Virus Zika
Dunia berada dalam keadaan panik apabila virus Zika menyerang terutamanya ketika sukan Olimpik 2016 Brazil.

Virus tersebut dipercayai virus ciptaan Rockefeller Foundation dengan objektif agar masyarakat membeli antidot virus tersebut daripada mereka berikutan mereka sahaja yang berkuasa menghasilkan antidot tersebut oleh kerana penyakit tersebut dipatenkan dibawah Rockefeller Foundation.

3. Pengurus Kewangan Dengan Pihak Nazi German

John D, cucu terakhir keluarga Rockefeller merupakan pemegang saham terbesar Chase Bank atau JP Morgan Chase Bank. Chase Bank pula terjebak dalam aktiviti mengurus kewangan dengan Nazi German pada perang dunia kedua.

 Philanthropist Family (dermawan) 

Umumnya, beliau adalah pengasas bagi dua buah universiti terkenal dunia;
(i) University of Chicago
(ii) Rockefeller University

Sepanjang hidupnya, berbillion dollar telah disalurkan John D kepada beberapa badan amal dan juga untuk penubuhan dua universiti ini.

Bagaimanapun, Rockefeller dipercayai menubuhkan institusi pendidikan bagi meluaskan empayarnya.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini