Inflasi tahunan di UK menurun kepada 2.4% pada April 2018 daripada 2.5% pada bulan Mac, berada di bawah jangkaan pasaran yang mensasarkan pengekalan bacaan 2.5%.

Penguncupan tersebut kebanyakannya disumbang oleh kos pengangkutan, makanan, pakaian dan kasut.

Berikutan data negatif tersebut, GBP / USD turun ke paras $ 1.33451

Secara bulanan, harga pengguna naik 0.4%, setelah mengalami kenaikan 0.1% pada bulan Mac tetapi di bawah ramalan 0.5%.

Secara keseluruhannya, kadar inflasi di United Kingdom berpurata 2.58% dari tahun 1989 sehingga 2018, mencapai paras tinggi dengan 8.50% pada bulan April 1991 dan memegang rekod rendah pada -0.10% pada bulan April 2015.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini