Saham Asia majoritinya lemah pada dagangan hari Rabu setelah pelabur mengambil langkah berjaga-jaga berikutan Presiden A.S., Donald Trump meningkatkan keyakinan terhadap kemajuan yang dicapai dalam perbindangan perdagangan di antara dua kuasa besar dunia.

Indeks MCSI turun 0.2% manakala Nikkei Jepun susut 1.4% disusuli oleh Indeks Komposit Shanghai yang kehilangan 0.6%.

Di Wall Street, S & P 500 susut 0.31%, kehilangan momentum setelah mencecah pasar tinggi dua bulan.

Kenyataan Trump mengenai ketidakpuasan beliau terhadap perbincangan perdagangan di antara A.S.-China baru-baru ini memberi kesan ke atas pasaran.

Sentimen risiko ditingkatkan setelah Trump mengatakan bahawa sidang kemuncak A.S. dan korea utara mungkin tidak akan berlaku seperti yang dirancang setelah Kim Jong Un dilihat enggan melepaskan senjata nuklearnya.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini