Data CPI Malaysia meningkat 1.4% pada bulan April kepada 120.9 berbanding 119.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, namun sedikit meleset daripada sasaran kenaikan 1.6%.

Di antara kategori utama yang mencatat kenaikan adalah :

  • Indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol dengan tambahan 2.6%.
  • Restoran & Hotel menambah 2.2%.
  • Kesihatan naik 2.1%.
  • Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain meningkat 2.0%.
  • Hiasan, Peralatan Rumah & Penyelenggaraan Rutin Isi Rumah dengan kenaikan 1.8%.
  • Pendidikan menambah 1.1%.

Secara bulanan, CPI kekal tidak berubah pada 120.9 manakala peningkatan sebanyak 1.7% dilaporkan berbanding tempoh yang sama tahun lalu bagi suku Januari sehingga April 2018.

sumber: DOSM

Pada masa yang sama, inflasi teras meningkat 1.5% pada April 2018 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Di antara kategori utama yang mempengaruhi kadar teras yang lebih tinggi ialah:

  • Harga Makanan & Minuman Bukan Alkohol yang naik sebanyak 2.8%.
  • Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain naik 2.4%.
  • Restoran & Hotel dengan kenaikan 2.2%.
  • Kesihatan menambah 2.1%.
  • Hiasan, Peralatan Rumah & Penyelenggaraan Isi Rumah Rutin, naik 1.8%.

Inflasi teras berbeza daripada CPI keseluruhan di mana ianya dikira, tidak termasuk harga barangan dan perkhidmatan yang mempamerkan volatiliti tidak stabil sekaligus bersifat sementara dan tidak mempunyai kesan yang berkekalan terhadap trend mendasar dalam inflasi.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini