Pasaran saham Asia dibuka sedikit rendah pada hari selasa disebabkan faktor pengukuhan mata wang dolar Amerika yang menghalang sedikit permintaan terhadap aset pasaran dan lonjakan harga minyak sedikit ketara yang boleh menimbulkan kebimbangan terhadap pelabur mengenai kenaikan inflasi dan peningkatan kadar faedah AS yang lebih tinggi.

Saham Nikkei Jepun hampir keseluruhanya kurang pergerakan drastik manakala saham Australia jatuh 0.9%. Saham pasaran China pula dibuka rendah dengan Blue-Chip CSI300 susut sebanyak 0.7%.

Liquidity” pasaran pula agak tipis berbanding sebelum ekoran cuti umum di Korea Selatan dan Hokong.

Indeks MSCI paling luas Asia Pasifik, di luar Jepun sedikit tinggi daripada penutupan pasaran semalam iaitu sebanyak 568.4 mata namun berada jauh daripada paras tertinggi yang dicapai bulan Januari 2018 lalu iaitu 617.12 mata.

“Kami melihat kekuatan dolar AS menyebabkan aliran tunai keluar dari pasaran lebih memihak kepada AS, dalam masa yang sama terdapat beberapa sentimen yang berisiko sedang berlaku kebelakangan ini,” kata Yoshinori Shigemi iaitu ahli strategi pasaran global di JPMorgan Asset Management (JPM).

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini