Rizab dagangan asing Bank Negara Malaysia direkodkan berjumlah USD109.4 bilion pada 15 Mei 2018. Kedudukan rizab ini memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Bacaan tersebut sedikit berkurang berbanding rekod sebelumnya dengan catatan jumlah USD109.4 bilion.

Secara amnya, rizab dagangan asing mengukur aset asing yang dipegang atau dikawal oleh bank pusat negara. Rizab juga dibuat dari emas atau matawang tertentu.

Pada masa yang sama, ia juga boleh menjadi deposit khas dan sekuriti yang boleh dipasarkan dalam matawang asing seperti bil perbendaharaan, bon kerajaan, bon korporat, ekuiti serta pinjaman matawang asing.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini