Pasaran kewangan global minggu ini bakal memberi tumpuan kepada laporan Rizab Persekutuan yang menarik pelabur bagi mendapatkan petunjuk lebih lanjut mengenai proses pengetatan monetarinya.

Pada masa yang sama, terdapat beberapa peristiwa lain yang bakal menjadi fokus utama termasuk :

  1. Laporan Monetari FOMC

Laporan tersebut bakal diterbitkan pada hari Khamis, jam 2.00 pagi waktu tempatan. Para pelabur bakal memberi tumpuan bagi mendapatkan petunjuk lebih lanjut mengenai pengetatan polisi monetari The Federal Reserve. 

Pada masa yang sama, data perumahan A.S. juga bakal diterbitkan pada minggu ini.

2. Mesyuarat Polisi Monetari European Central Bank 

Mesyuarat ECB dijadualkan pada hari Khamis, jam 7.30 petang waktu tempatan.
Pedagang dan pelabur bakal memberi tumpuan terhadap laporan tersebut bagi mendapatkan isyarat mengenai pertumbuhan ekonomi zon Eropah.

3. Data Inflasi U.K

Pada hari Selasa, jam 5.00 petang, Gabenor Bank of England dan beberapa ahli Jawatankuasa Dasar Monetari bakal memberi keterangan mengenai inflasi dan pandangan mengenai ekonomi di hadapan Jawatankuasa Perbendaharaan Parlimen.

4. Data Jualan Runcit U.K

Jabatan Statistik Kebangsaan bakal menerbitkan data jualan runcit U.K pada hari Khamis, jam 4.30 petang dengan anggaran bahawa kadar jualan runcit meningkat kepada 0.8% berbanding -1.2% pada bulan sebelumnya.

Terdapat data lain yang bakal diterbitkan termasuk data CPI, PMI Manufacturing U.K dan data pertumbuhan ekonomi, KDNK.

5. Ucapan Pengerusi The Federal Reserve 

Jerome Powell dijadualkan berucap pada hari Jumaat, jam 9.20 malam, bertindih dengan ucapan Gabenor BOE, Mark Carney.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini