Siapakah George Soros? 

György Schwartz, atau lebih dikenali sebagai George Soros dilahirkan pada 12 Ogos 1930 di Budapest, Hungaria. Merupakan seorang spekulator kewangan, pelabur saham terkenal, pendana dan juga seorang aktivis politik Amerika Syarikat.

Pengaruhnya merangkumi pasaran kewangan, modal saham, malahan politik dunia.

 Apakah pengaruhnya terhadap pasaran kewangan? 

Pada 16 September 1992, insiden Black Wednesday tercetus setelah Soros membuat satu kejutan besar pada ekonomi England. Beliau menjual matawang pound dalam jumlah yang sangat besar iaitu sebanyak AS$10 billion.

Tindakan tersebut menyebabkan England rugi berpuluh-puluh billion Pound dalam masa sehari. Matawang Pound pun jatuh serta merta meletakkan Bank of England dalam keadaan tenat. Secara tidak langsung, beliau digelar “the man who broke the Bank of England”. 

 Pencetus Krisis Kewangan Asia 1997 

Pengaruh Soros meresap dan tersebar ke Asia setelah krisis kewangan Asia 1997 berlaku.

Soros telah melakukan spekulasi matawang yang sama seperti dilakukan ke atas Bank of England, yang mengakibatkan negara di rantau Asia termasuk Malaysia, Thailand dan Indonesia terjejas teruk ekoran aktiviti Soros itu. Bahkan, Soros mengaut keuntungan besar kesan daripada krisis kewangan Asia itu.

 Apakah Kesannya Ke Atas Malaysia? 

Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) menjunam jatuh dari 1,200 mata kepada 600 mata. Nilai ringgit pula merosot sebanyak 50% daripada RM2.50 kepada RM4.10 sedolar.

Tun Dr Mahathir yang marah dengan situasi tersebut mula menyebut nama Soros sebagai pemanipulasi yang memiskinkan lagi negara sedia miskin di dunia ketika mesyuarat tahunan Bank Dunia dan IMF di Hong Kong pada September 1997.

Akhirnya, Dr Mahathir mengambil keputusan untuk menambat nilai ringgit pada RM3.80 bagi setiap dollar Amerika Syarikat pada tahun 1998. 

Pengasas Yayasan Open Society Foundation (OFS)

OSF ditubuhkan pada tahun 1993, merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan ini merupakan objektif yayasan OSF yang kami petik dari laman web rasminya:

  • Berusaha mengukuhkan kedaulatan undang-undang; menghormati hak asasi manusia, golongan minoriti dan kepelbagaian pendapat dan kerajaan yang dipilih secara demokratik.
  • Membantu dalam membentuk polisi awam yang memastikan keadilan dalam sistem politik, undang-undang, ekonomi dan melindungi hak-hak asasi.
  • Melaksanakan inisatif untuk meningkatkan keadilan, pendidikan, kesihatan awam dan kebebasan media.
  • Membuat kerjasama merentasi sempadan dalam isu-isu seperti rasuah dan kebebasan maklumat.
  • OSF berikan keutamaan yang tinggi dalam melindungi dan memperbaiki kehidupan masyarakat yang terpinggir.

1 KOMEN

  1. Saya muai kenal nama George Soros ni pada tahun 1997. Kala tu negara kita Malaysia berdepan cabaran kewangan yang teruk. Namun Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu bijak menangani permasalahan ekonomi hingga kita berjaya keluar dari masalah tersebut.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini