Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi kenyataan bahawa hutang Malaysia kini mencecah RM 1 Trilion sekaligus memerlukan inisiatif pemulihan dan penyelesaian holisitik.

“Kewangan negara kini sudah terlalu tinggi menyebabkan kerajaan menghadapi masalah penyelesaian hutang yang meningkat kepada RM 1 Trilion yang sama sekali tidak pernah terjadi sebelum ini”, katanya.

Beliau juga menambah bahawa hutang negara tidak pernah melebihi RM 300 Bilion dibawah pimpinan beliau berbanding RM 1 Trilion.

“Penyelesaian hutang tersebut bergantung kepada usaha dan langkah-langkah yang diambil. Pada masa yang sama, kerjasama di antara pihak yang menjadi kerajaan menerusi wakil rakyat yang dipilih dan anggota pentadbiran kerajaan perlu dipergiat bagi menyelesaikan masalah tersebut” katanya ketika memberi amanatnya kepada warga Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Di samping itu, pemisahan kuasa di antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman penting bagi mengelakkan penyelewengan dalam pentadbiran negara.

 

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini