Dolar naik berbanding Yen pada awal dagangan hari Isnin setelah Setiausaha Perbendaharaan A.S., Steven Mnuchin mengatakan bahawa ketagangan perdagangan A.S. dan China ditangguh, meningkatkan sentimen risiko dengan harapan ketegangan dia antara dua negara besar tersebut dikurangkan.

Dolar naik 0.2% kepada 110.99 yen pada awal dagangan Asia, menghampiri paras tinggi empat bulan iaitu 111.085 yen yang telah ditetapkan pada Jumaat lalu.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar A.S. terhadap sekumpulan enam matawang utama berada di paras tinggi lima bulan pada hari Isnin, mencecah 93.860.

Pasaran minggu ini juga bakal memberi tumpuan kepada laporan minit mesyuarat kewangan monetari Federal Reserve pada jam 2 pagi, hari Khamis. Pelabur akan mengawasi minit-minit tersebut bagi mendapatkan petunjuk tentang kadar pengetatan semasa.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini