Tun Mahathir Mohamad telah melaksanakan proses pemulihan pentadbiran dengan pantas setelah meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum pada 9 Mei lalu.

Beliau mengambil langkah memperbetulkan permasalahan yang dialami oleh sistem pentadbiran Malaysia dengan cekap setelah melaporkan situasi semasa pada sidang media yang diadakan hampir setiap hari.

Berikut merupakan kronologi pentadbiran beliau setelah mentadbir negara bagi tempoh seminggu.

#1 Jawatan Perdana Menteri

Beliau mengangkat sumpah bagi memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia pada 10 Mei dihadapan Yang Dipertuan Agong.

#2 Pembentukan Kabinet 

Tun Mahathir telah menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai Timbalan Perdana Menteri, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sebagai Menteri Kewangan, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, sebagai Menteri Pertahanan dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Menteri Dalam Negeri.

#3 Pembentukan Majlis Penasihat (COE)

Bagi membantu beliau memulihkan ekonomi negara, Majlis Penasihat telah dibentuk dan diterajui oleh 5 tokoh terkenal Malaysia yang mempunyai pengalaman dan kecekapan yang kukuh.
5 tokoh tersebut adalah:
+ Tun Daim Zainuddin
+ Tan Sri Zeti Aziz Akhtar
+ Tan Sri Hassan Merican
+ Tan Sri Robert Kuok
+ Professor Jomo Kwame Sundaram

#4 Permohonan Pengampunan Diraja bagi Anwar Ibrahim 

Tun Mahathir telah melakukan permohonan pengampunan kepada YDPA terhadap Anwar Ibrahim dan menunggu proses p[ermohonan diluluskan mengikut undang-undang.

#5 Pengumuman GST 0%

Cukai GST bakal dimansuhkan bermula 1 Jun 2018 setelah kerajaan baru menetapkan kadar cukai tersebut kepada 0%.

#6 Memegang Portfolio Menteri Pelajaran 

Tun Mahathir mengumumkan bahawa beliau bakal memegang portfolio sebagai Menteri Pelajaran, menggantikan Dato Seri Mahdzir Bin Khalid.

#7 Langkah Pembersihan Skandal & Penyiasatan Isu 1 MDB 

Tun M. mengarahkan langkah pembersihan dilaksanakan terhadap skandal yang melibatkan ahli politik dengan penggeledahan serta penyiasatan isu 1 MDB diteruskan sehingga individu terlibat diambil tidakan.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini