Siapa Lim Guan Eng?

Lim Guan Eng merupakan anak kepada Lim Kit Siang, Pemimpin Pembangkang di Dewan Rakyat yang dilahirkan pada 8 Disember 1962 di Johor Baharu serta memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan Malaysia dan Setiausaha Agung parti DAP sejak 2004.

Beliau juga telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang di antara 2008 dan 2018.

Guan Eng telah dicalonkan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad sebagai Menteri Kewangan setelah memenangi pilihan raya umum ke-16 terhadap Barisan Nasional yang mentadbir negara selama 6 dekad.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di PJ La Salle Primary English School sebelum menghadiri Batu Pahat Montfort Primary English School.

Beliau kemudiannya menghadiri Batu Pahat High School bagi pendidikan menengah rendah sebelum Malacca High School dan akhirnya menyambung pendidikan beliau ke Monash University, Australia (Bachelor of Economics).

Jawatan

Sebelum menyertai politik, beliau merupakan Pegawai Eksekutif Bank dengan kelayakan profesional sebagai akauntan.

1986 Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka dengan mengalahkan bekas kapten bolasepak Malaysia, Soh Chin Aun dengan majoriti 17,606 undi.
Oktober 1987 – April 1989 Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 18 bulan (Ops Lalang).
1990 Dilantik Pengerusi Pemuda DAP.
1990 Dipilih semula sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka untuk penggal kedua.
1992 Dilantik sebagai Pengerusi Pemuda DAP.
1995 Dipilih semula sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka untuk penggal ketiga.Dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP.
1995 Didakwa di bawah Akta hasutan kerana ‘mencetuskan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran keadilan’ selepas beliau mengkritik secara terbuka cara kerajaan menangani tuduhan rogol bawah umur terhadap bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Beliau turut didakwa di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan berhubung risalah mengandungi maklumat yang didakwa sebagai palsu kerana beliau telah menyifatkan mangsa rogol tersebut sebagai mangsa yang terpenjara kerana mangsa ditahan pihak polis tanpa pengetahuan ibu bapanya selama 10 hari.

Selepas beberapa siri rayuan, Lim Guan Eng dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara pada bulan Ogos 1998.

1999 Dibebaskan selepas 12 bulan pada 25 ogos 1999 kerana berkelakuan baik. Disebabkan pemenjaraan tersebut, beliau terhalang daripada bertanding dalam pilihanraya selama lima tahun, dan tidak layak bertanding dalam pilihanraya umum tahun 2004.
2004 Dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP pada bulan Mei 2004.
8 Mac 2008 Lim Guan Eng bertanding di kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Putih pada pilihanraya umum tahun 2008. Beliau memenangi kerusi Bagan, mengalahkan Song Choy Leng (BN) dengan majoriti 22,070 undi; dan menang kerusi Air Putih mengalahkan Tan Yoke Cheng (BN) dengan majoriti 4,061 undi.
11 Mac 2008 Mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan memulakan sistem urustadbir berasaskan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).
5 Mei 2013 Bertanding di kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Putih dalam PRU 2013. Beliau mengekalkan kerusi parlimen dan DUN dengan majoriti lebih besar. Bagi kawasan Parlimen Bagan, beliau menerima majoriti 34,159 undi, manakala di DUN Air Putih beliau menerima majoriti 7,744 undi.
7 Mei 2013 Mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk penggal kedua.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini