Malaysia berkata bahawa ia akan memperkenalkan cukai jualan dan perkhidmatan untuk  mengimbangi kekurangan hasil daripada memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal berkuatkuasa bermula bulan Jun.

Kerajaan yang dipimpin oleh Mahathir Mohamad, berkata pada hari Rabu bahawa ia akan menurunkan GST kepada 0% bermula 1 Jun 2018.

Dalam satu kenyataan pada hari Khamis, kementerian kewangan berkata bahawa kekurangan pendapatan akan disokong oleh langkah-langkah pendapatan dan perbelanjaan khusus yang bakal diumumkan tidak lama lagi, termasuk pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan.

Walaubagaimanapun, kementerian tidak mengumumkan tarikh rasmi cukai jualan tersebut bakal diperkenalkan.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini