Pengerusi CoinShares, Danny Masters meramalkan bahawa Bitcoin bakal meneruskan rallynya pada tahun ini dan mencapai paras tertinggi sebelumnya.

Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki iaitu, struktur yang lebih baik dan kitaran penawaran syiling permulaan (initial coin offerings-ICOs), proses pendanaan yang membantu melancarkan matawang kripto baru.

“Kita perlu menggiatkan usaha pemulihan ICO, supaya pasca ICO kita mempunyai token fizikal,” katanya. “Dan hanya memberi pelabur lebih jelas, harapan yang lebih baik, lebih ketelusan.”

Bitcoin berharga sekitar $ 8,300 pada petang Rabu setelah mengalami kejatuhan di bawah paras $ 6,000 pada bulan Februari sekaligus menyebabkan bitcoin masih jauh dari puncak pertengahan Disember dengan catatan $ 19,500.

CoinShares, sebuah firma pelaburan khusus dalam matawang kripto, melancarkan dana bitcoin dan ethereum yang pertama di dunia.

Pelabur optimistik bahawa Blockchain Week New York dan acara Konsensus lain akan membantu meningkatkan token tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa tiga tahun yang lalu, pasaran dan bilangan orang yang berminat dalam matawang digital adalah sangat kecil namun pada minggu ini, lebih daripada 8,000 orang dilaporkan bergiat aktif di Blockchain Week New York.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini