Laporan audit mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata dana itu memerlukan kira-kira RM42.26 bilion untuk menyelesaikan hutang dan faedah bagi pinjaman yang matang di antara November 2015 dan Mei 2039.

Jabatan Audit Negara menyatakan bahawa 1MDB perlu mempunyai sejumlah besar wang untuk melaksanakan komitmen pembayarannya sebanyak RM4.88 bilion pada 2016, RM14.74 bilion pada tahun 2023, dan RM5.14 bilion pada tahun 2039.

“1MDB juga memerlukan sekurang-kurangnya RM1.52 bilion setahun dari November 2015 hingga Mei 2024 untuk menyelesaikan pinjamannya,” kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad. 

Sehingga 31 Oktober 2015, pinjaman dan pembiayaan 1MDB berjumlah RM55 bilion, berbanding aset sebanyak RM58.6 bilion, kata laporan itu.

Laporan itu menyatakan bahawa modal saham terbitan 1MDB hanya berjumlah RM1 juta dalam tempoh 2010-2014.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini