Ahli politik Malaysia, Anwar Ibrahim, 70 bebas setelah dipenjara lebih daripada tiga tahun atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa, berikutan parti yang dahulunya diterajui oleh beliau bersama Mahathir Mohamad meraih kemenangan pilihan raya pada minggu lalu.

Beliau meninggalkan Hospital Cheras pada jam 1130 pagi waktu tempatan.

Beliau dijangka mengadakan sidang media pada sebelah petang secara umum.

Yang di-Pertuan Agong telah menitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Anwar Ibrahim dibenarkan dan diberi pembebasan serta-merta.

Kenyataan tersebut diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam kenyataan dari Istana Negara, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Anwar Ibrahim kini masih berada di istana bagi mengadap agung yang berkenan menerima kunjungannya.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini