Sejak beberapa bulan ini Pasaran Minyak Mentah Sawit Malaysia (CPO) mempamerkan pergerakan menurun (downtrend) sejak awal tahun 2018 kerana kadar pengeluaran dan jumlah eksport ke luar negara yang sedikit perlahan berbanding tahun yang lalu

Di antara negara utama yang menjadi penyumbang eksport terbesar Malaysia adalah :

  • Europe : 43.9% (permintaan paling tinggi)
  • Pakistan : 22% (sedikit tinggi ekoran hampir tiba musim perayaan Aidilfitri)
  • Manakala India mengalami penyusutan sebanyak -24.1% .

Bekalan CPO mengalami penurunan sebanyak 6.4% pada bulan April kepada 2.17 juta tan metrik manakala harga purata per tan metrik adalah RM2410.00

Pakar penganalisa pasaran meramalkan CPO ini akan meningkat dari 1 anak tangga ke 1 anak tangga dengan berpuratakan RM2500.00 setiap tan metrik yang di keluarkan dalam setahun kerana pada bulan-bulan yang akan datang kita akan memasuki musim pengeluaran yang tinggi seperti sambutan bulan puasa dan raya.

Dalam negara pula permintaan CPO dilaporkan mengalami sedikit penurunan iaitu sebanyak 1% pada bulan April 2018.

  • Semenanjung Malaysia jatuh 4.4%
  • Malaysia Timur naik 3.2%

Dalam masa yang sama, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bercadang untuk menjual 30% pegangan saham kepada Taiko Clay Chemicals Sdn Bhd (TCC) yang bernilai RM145 juta.

 

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini