Pertumbuhan ekonomi Jerman direkodkan sedikit perlahan berbanding jangkaan pada suku pertama tahun ini berikutan perdagangan yang lemah.

Ekonomi terbesar di Eropah mencatat bacaan 0.3% dalam tempoh tiga bulan pertama, menjadikannya kadar paling perlahan sejak suku ketiga tahun 2016  setelah mengalami perkembangan 0.6% dalam tiga bulan terakhir tahun lalu.

Ahli ekonomi menjangkakan purata pertumbuhan meningkat sebanyak 0.4% bagaimanapun bacaan suku tersebut gagal mencapai sasaran kenaikan yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun, EUR/USD kekal di paras $ 1.1923 setelah menurun kepada $ 1.1913 pada jam 1 tengahari tadi.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini