Malaysia menentang sekeras-kerasnya terhadap keputusan kerajaan Amerika Syarikat untuk membuka kedutaan di Jerusalem.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata bahawa Malaysia yakin langkah tersebut bakal merumitkan usaha penyelesaian konflik Palestin-Israel.

“Ia akan memberi kesan yang serius bukan sahaja terhadap keselamatan dan kestabilan rantau ini, malah akan menimbulkan sentimen rundingan damai” katanya.

Kementerian itu menyatakan bahawa pembukaan kedutaan lain semakin memburukkan keadaan.

“Malaysia ingin menegaskan sekali lagi bahawa penyelesaian dua negara dicapai, di mana rakyat Palestin dan Israel hidup dengan aman, dengan Jerusalem Timur kekal sebagai ibu kota milik Palestin, sekaligus menafikan tuntutan Israel terhadap Jerusalem sebagai ibu kotanya sendiri, “kata kenyataan itu.

Malaysia akan terus memberi kerjasama rapat dengan semua pihak yang terlibat untuk mencari jalan penyelesaian yang adil dan relevan, tambahnya.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini