1. Sapura Energy Bhd (SAEN)

Sapura adalah industri yang menawarkan perkhidmatan & peralatan telaga minyak dalam bahagian sektor tenaga (Energy).

Jabatan HUC Kencana bermula dari Kencana Pinewell Sdn Bhd pada tahun 1999 yang mengkhususkan diri dalam perkhidmatan offshore electrical dan instrumentation. Setelah menggabungkan dengan kencana HL Sdn Bhd pada tahun 2009, ia telah memperluas peranannya untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan topside di luar persisiran, kerja pengubahsuaian brownfield untuk platform sedia ada dan kerja HUC untuk kemudahan baru.

Pada tahun 2012, selepas pembentukan Sapura Kencana Petroleum Berhad, ia terus berkembang menjadi jabatan penuh HUC dengan kemasukan aset Marin Sapura dan kini mampu menyediakan perkhidmatan HUC lengkap.

 

2. Tenaga Nasional Berhad (TENA)

Sebuah syarikat industri utiliti elektrik dalam sektor utiliti dan pembekalan elektrik yang terbesar di Malaysia yang mempunyai kakitangan seramai 35030 orang. Aset perniagaannya dianggarkan sejumlah RM60 billion.

Bilangan pelanggannya meningkat sebanyak 6 juta akaun di Semenanjung dan Sabah.
Perniagaan terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. TNB juga pengendali Grid Nasional (UNITEN) dan membuat kerjasama dengan suruhanjaya Tenaga melalui Institusi pendidikan kekompetenan Penjaga Elektrik di institut latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) Kajang Selangor.

 

3. Top Glove Corporation Bhd (TPGC)

Syarikat ini di industri Peralatan & bekalan Perubatan sektor Penjagaan Kesihatan sekaligus menjadi pempamer prestasi yang baik dengan lonjakannya.

Top Glove Corp adalah syarikat berpangkalan di Malaysia yang terlibat dalam pemegangan pelaburan dan menyediakan perkhidmatan pengurusan. Syarikat ini juga merupakan pengeluar sarung tangan getah dan ia beroperasi melalui lima segmen: Malaysia, Thailand, Republic of China, Kepulauan British dan lain-lain.

Ia menawarkan produk dalam tiga jenis seperti lateks, nitril dan vinil. Syarikat ini menyediakan produknya kepada pelbagai industri  seperti aeroangkasa, automotif, kecantikan, makanan, penjagaan rumah, perubatan makmal atau penjagaan kesihatan, semikonduktor dan lain-lain.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini