Tun Mahathir mengadakan sidang medianya pada hari ini dengan kenyataan bahawa penamaan Menteri Kabinet telah dikemukakan oleh parti dan bakal dipertimbangkan secara tersusun dan mengikut undang-undang.

Beliau juga berkata bahawa “keputusan dibuat oleh saya” kepada wartawan dalam sidang media tersebut.

Tun Dr. Mahathir juga menyatakan bahawa beliau menerima kunjungan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang diiringi anakandanya Putera Abdul Mateen Hassanal Bolkiah yang tiba kira-kira jam 11.48 pagi di Yayasan Kepimpinan Perdana Menteri tadi.

Beliau juga menyatakan bahawa pengampunan Dato Seri Anwar Ibrahim diteruskan dan  diputuskan sedikit terlewat berikutan mengikut prosedur undang-undang.

Tun Mahathir juga menambah bahawa beliau perlu menentukan bahawa badan pendakwa raya menjalankan tugas mereka mengikut undang-undang mengenai isu rasuah. “Perlantikan pengerusi baru juga diperlukan bagi mengembalikan SPRM seperti sediakala”, ujar Tun M.

Berkenaan dengan Attorney General (AG), Perdana Menteri berkata bahawa beliau diberi cuti dan digantikan oleh Setiausaha General sehingga penyiasatan dijalankan.

“Sebelum penyiasatan, kita perlukan laporan polis dan beberapa laporan lain namun buat masa ini, masih tiada laporan rasmi. Jadi apabila disiasat nanti, tindakan bakal diambil terhadap AG termasuk sekatan keluar negara” katanya.

Beliau juga menjawab soalan yang diajukan mengenai perlantikan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan dengan mengatakan bahawa “Menteri mestilah bersih daripada sebarang kes jenayah dan beliau cuma dicalonkan sahaja sehingga beliau mengangkat sumpah”.

“Kerana itulah saya terus bekerja, untuk mempercepatkan proses itu lah” kata Tun Mahathir berikutan soalan pemulihan ekonomi dan pelaksanaan janji manifesto 100 harinya.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini