Ringgit Malaysia memberi tindak balas terhadap pasaran kewangan setelah mengukuh ke paras 3.9505 berbanding bacaan pada awal dagangan hari Isnin.

Pasaran kewangan Malaysia dibuka rendah pada awal dagangannya namun memberi respons yang positif, sejajar dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berjanji untuk memulihkan pasaran Malaysia dalam tempoh 100 hari.

Pada masa yang sama, Bursa Malaysia naik kepada 7.65 setelah menambah 0.37 manakala FTSE Malaysia KLCI berada pada 1854.44 juga setelah naik 7.86 disusuli oleh Felda Global Venture (FGV) ke paras 1.930 setelah menambah 0.320. 

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini