Kerajaan baru Malaysia memulakan dagangan pada hari isnin dengan volatiliti apabila matawang tempatan, pasaran hutang dan ekuiti dibuka buat pertama kalinya sejak pilihan raya yang mengalahkan gabungan pemerintah negara selama enam dekad.

Parti Pakatan Harapan (PH) Tun Dr. Mahathir telah berjanji ketika kempen untuk menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), bayaran tol, memulihkan subsidi bahan api serta mengkaji semula tawaran pelaburan China.

Pada masa yang sama, Ringgit kehilangan 4% dalam dagangan luar manakala dana ekuiti di luar negara menunjukkan kejatuhan nilai saham sebanyak 6% setelah keputusannya diumumkan awal Khamis.

Matawang pula mungkin perlu mengejar pasaran pada hari Isnin sementara bon kerajaan mungkin berada di bawah tekanan jualan, kata Frances Cheung, Ketua Strategi Makro, Asia di bank Westpac melalui e-mel.

Tun Mahathir pada masa yang sama melantik Lim Guan Eng, sebagai menteri kewangan pada hujung minggu, serta melantik jutawan Robert Kuok dan bekas Gabenor bank pusat, Zeti Akhthar Aziz sebagai penasihat mengenai perkara kewangan bagi mengurangkan kebimbangan pelabur.

Penganalisis ekonomi tempatan berkata bahawa Lim telah membina reputasi yang baik sebagai ketua menteri negeri Pulau Pinang serta bakal dialu-alukan oleh pelabur Malaysia.

Namun, ketegangan dalam perikatan pemerintah terhadap pemilihan kabinet yang muncul pada hujung minggu akan memberi kesan kepada sentimen, kata penganalisis.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini