Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang telah mentadbir Malaysia selama 22 tahun, menjadi Perdana Menteri sekali lagi setelah mengakhiri cengkaman pentadbiran 61 tahun, Barisan Nasional.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib mengucapkan tahniah kepada Mahathir lewat Khamis dan berkata beliau bersedia membantu dengan peralihan kuasa yang lancar.

Mahathir Mohamad berkata beliau bakal mengetuai pentadbiran mesra perniagaan dan mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan pasaran saham Malaysia dalam ucapannya yang pertama setelah selesai mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Dalam taklimat lewat malam Khamis, ahli politik berusia 92 tahun itu berkata bahawa beliau bakal memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan hutang, sambil menambah bahawa beberapa perkara mungkin perlu dikaji semula. Beliau turut berkata bahawa Malaysia bakal mengikat hubungan yang mesra dengan negara lain sebagai negara perdagangan.

“Kebimbangan kami terhadap ekonomi adalah perkara utama,” kata Mahathir kepada pemberita. “Kami ingin individu-individu perniagaan bersepakat untuk menaikkan nilai pasaran saham manakala bagi matawang, tidak ada sebab untuk menurunkan nilai ringgit. Kita harus memastikan ini. ”

Pada masa yang sama, Mahathir memberi komen bagi mengekang kebimbangan di kalangan pelabur yang bertaruh bahawa bekas pemimpin Najib Razak akan tetap berkuasa.

The iShares MSCI Malaysia ETF berdasarkan saham negara, yang jatuh sebanyak 9.5% selepas undi, naik 4.3% selepas kenyataan Mahathir pada hari Khamis. Pasaran kewangan Malaysia bagaimanapun ditutup sehingga Isnin.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini